Selasa, 24 Mac 2015

Kuala Woh


Salam , hr ni bercerita sikit pasal dengan kereta aku menjelajah...Macam zahariz plak hehehe...ni sempat ana snap picture semasa p kuala woh....Kat sini ada sungai yg mengalir yg blh mandi-manda dan ada jambatan gantung yg merentasi sungai...Kira ok jg la bawa utk family ke sini untuk santai dan wat bbq atau tenangkan fikiran...

Sedikit pengalaman semasa ana nk ke sana tiket masuk rm2 seorang...tp waktu ana p tiket untuk org dewasa sudah habis ..Jadi org yang jaga kaunter bg tiket warga emas diskaun la separuh rm1....Kira jadi warga emas la hr tue hehehe...
Salah satu bab lg yg spoil kt sana xdak kedai mkn.....kalau nk bermlm kt situ mungkin ada restoran psl byk chalet kt situ tp ana x tau ada ker xdak psl x masuk kawasn chalet tue...Sekadar perkongsian..

'Bersamamu di Firdaus'





Selasa, 17 Mac 2015

Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia!!!

Ramai Yang Tidak PERASAN, Inilah Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia!!!
Tarikh : Tuesday, March 17 @ 05:00:00 MYT
Topik : Info @ Maklumat


Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.

Disini, kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000...



1. Perodua Axia

21.6 Km/L
100KM = RM 8.80

Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.


2. Mitsubishi Mirage

21 Km/L
100KM = RM 9.10

Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.


3. Mitsubishi Attrage

21 Km/L
100KM = RM 9.10

Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.


4. Hyundai i10

18.9 Km/L
100KM = RM 10.10

Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.


5. Honda City 2014

17 Km/L
100KM = RM 11.20

Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.


6. Myvi 1.3

17 Km/L
100KM = RM 11.20

Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.


7. Peugeot 208

16 Km/L
100KM = RM 11.90

Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.


8. Volkswagen Polo Sedan

15.4 Km/L
100KM = RM 12.30

Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.


9. Proton Iriz

14.5 Km/L
100KM = RM 13.20

Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.

Restoran Anjung Keli Perlis

Apa Istimewanya Restoran Anjung Keli Perlis?

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 3:33 PM
  (Ubah saiz teks)
SALAM semua. Jangan marah ye...kali ini Abang Fen nak bawa you all berkongsi keenakan masakan tradisional Melayu asli di Restoran Anjung Keli yang terletak nun jauh di Utara tanah air iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan.
Sesuai dengan namanya, Abang Fen dapat merasakan negeri ini benar-benar seperti berada di atas kayangan. Manakan tidak, pemandangannya nun menghijau. Tiada kesesakan jalan raya atau suasana kelam-kabut.
Dan begitulah juga dengan tempat-tempah juadahnya. Negeri ini kecil tapi hidangannya membuka selera.
Jenuh juga lah Abang Fen mengembara ke Utara semata-mata untuk 'membangkitkan' selera you all semua. Tapi demi untuk peminat-peminat Abang Fen, jauh pun jauh lah, Abang rela you.
Melangkah masuk jer kaki Abang Fen di bawah bumbung kanopi tambahan milik Anjung Keli, terus terbuka selera sebab aroma bau rempah ikan bakar dengan pantas menusuk hidung.
Perut Abang Fen pun mula ler berkeroncong seakan-akan dah berhari tak makan bila masuk jer ke pekarangan Restoran Anjung Keli yang terletak di Jalan Padang Behor, Kangar, Perlis itu.
Terkejut beruk juga le Abang Fen kerana belum pernah lagi jumpa restoran yang menyediakan lebih 12 jenis sambal dan air asam serta berpuluh jenis ulam-ulaman sebagai pembuka seleranya.
Tidak cukup dengan itu, Abang Fen lihat terhidang juga berbelas jenis kerabu termasuk kerabu tradisional yang emak-emak kita sediakan dulu seperti pucuk paku, kerabu pucuk selom, kerabu kaki ayam serta banyak lagi.
Gambar atas dan bawah menunjukkan pelbagai jenis ulam yang terdapat di Anjung Keli.
Itu belum lagi Abang Fen cerita bab berbelas jenis ikan bakar antaranya keli , selar, pari, haruan, terubuk dan bermacam jenis lagi. Pendek kata kita boleh jadi tak ketahuan lah untuk seketika kerana tidak tahu mana satu jadi pilih hati.
Yang paling menarik bukan setakat ikan tetapi ayam dan daging, perut, paru bakar turut disediakan di Anjung Keli ini.
Abang Fen sendiri pertama kali melihat beberapa ulam yang namanya pun baru kali ini didengar tetapi bila dimakan dengan sambal belacan…fuyoooooo! Sedapnya you tak terkata lah. Kelas gituuuuuu!
Sambal Anjjung Keli.
You all kena datang untuk mencuba kalau tidak rugi you.. bukan setakat sedap tetapi you all dapat melihat banyak ulam-ulaman dan kerabu yang sukar diperolehi di tempat lain. Itulah keistimewaan restoran ini.
Sambal belimbing Anjung Keli.
Suasana restoran yang berkonsepkan kampung dan moden ini benar-benar menarik dan mengamit pelanggan yang datang untuk kembali bertandang lagi.
Tidak hairanlah ramai artis popular tanah air, ahli perniagaan yang berjaya serta pemimpin politik tanaha air turut tidak ketinggalan singgah di sini apabila ada kesempatan.
Abang Fen ni macam biasa la, bila dah makan dan rasa hidangan pun lazat serta ada sesuatu yang istimewa, apa lagi mula ler cari sapa pemiliknya untuk dikongsi dengan you all tau.
Pemilik Restoran Anjung Keli ini adalah sepasang suami isteri yang masih muda iaitu Azali Salleh, 43, dan isterinya Amis Azura Abd Majid, 43 (gambar bawah).
Kedua-duanya memperolehi ilham untuk membuka Restoran Anjung Keli ini atas warisan daripada arwah ibu kepada Azali iaitu Zaiton Md Hanafiah yang berasal dari Kampong Jelempuk, Arau, Perlis.
"Pengalaman berniaga bersama arwah ibu serta warisan resepi yang diwarisi saya diteruskan hingga ke hari ini sambil dibantu oleh isteri dan 26 orang kakitangan kami yang lain," kata Azali dengan nada perlahan.
Restoran ini dibuka seawal jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan ditutup pada hari khamis minggu pertama dan ketiga sahaja.
Abang Fen sempat bertemu dengan beberapa orang pelanggan yang datang dari luar Perlis antaranya Farosha Ho Pei Fong, 20, dari Pulau Pinang (gambar bawah).
" Saya datang ke sini kerana keunikan masakan kampung dengan pelbagai jenis ikan bakar yang memang sedap," kata Farosha.

Seorang lagi pelanggan yang juga pelayar dan pembaca mStar Online, Nur Aliya Junaidi, 20, dari Kuala Lumpur turut memberikan komennya.

"Aliya memang tak pernah jumpa restoran yang menghidangkan pelbagai jenis lauk, ikan bakar, daging serta berbelas jenis sambal hinggakan tak tahu nak pilih yang mana," kata Nur Aliya.(gambar)
Seorang lagi pelanggan, Zubir Zainol, 50, yang datang dari Bukit Mertajam dan jika setiap kali datang ke Perlis tetap akan singgah di Restoran Anjung Keli ini turut mengakui bahawa keunikan serta keistimewaan hidangan yang terdapat di sini adalah sukar ditemui di tempat lain.
"Puluhan jenis ulam serta sambal dan lauk pauk yang pelbagai benar benar satu hidangan yang unik dan istimewa malah kelazatannya cukup berbaloi walau saya datang dari jauh", tambah Zubir lagi.

Petua berharga...

Ini langkah pertama jika bergaji RM1200 tapi boleh kumpul aset lebih 2 juta sebelum umur 40 tahun. LANGKAHNYA IALAH...ELAKKAN BUAT HUTANG KERETA. Biarlah tak style mana pun.
Langkah kedua, laburkan dalam pelaburan berprospek tinggi menerusi unit amanah bagi duit dalam KWSP. Simpan dalam KWSP pun dividen bukan tinggi. Yang ini perlu sain sahaja, tak perlu kita kumpul duit sendiri nak invest.
Dengan keadaan tiada hutang itu mulakan perniagaan sekecil-kecil putu piring tapi TUNAI dan tidak berikan orang lain hutang seperti kita sendiri tidak berhutang. Pembayaran tertangguh ada klausa tertentu.
Buat simpanan tunai dari hasil niaga
Bila duit nampak bertimbun mesti gatal nak tukar kereta, sabar dulu. Gunakan tips cara beli kereta yang saya share ini maka nak beli kereta tak campur duit simpanan kita.
Dah ada wang terkumpul walaupun RM40k (memang orang boros nampak ini banyak tapi untuk orang yang bebas hutang, RM40k sangat logik) kita mula diversify prospect kembangan kewangan. Tak percaya cuba kira berapa kita bayar hutang sebulan? Dan bayangkan hutang kita bayar itu jadi simpanan?
Apa prospek kembangan kewangan?
Ini sekadar contoh yang boleh dapat dengan RM40k itu.
Emas 200g (plus minus)
Sebuah rumah pangsa murah (Lelong)
Rumah dibeli RM40 tu tinggallah di situ. Lepas 5-10 tahun harganya dah tinggi. Ketika itu simpanan kita pun diteruskan macam biasa kerana tidak perlu bayar ansuran rumah. Selepas 5-6 tahun, sebuah rumah yang sama boleh dibeli ataupun dah boleh menjual rumah sedia ada dengan apreciation mungkin pada kadar RM70k dan ditmbah dengan RM40k dalam simpanan menajdi RM110k. Saya yakin pemain hartanah tegar ada jalan lebih cepat dan selamat dari ini.
Tapi pelan ini ialah pelan yang pernah saya gunakan dalam membantu saudara mara dan kenalan-kenalan saya yang 10 tahun lalu keluar universiti dan mampu menahan diri dari buat hutang bank (tidak kira islamik mahupun conventional).
Apapun, loser tetap tidak akan percayanya.
Loser tetap percaya dengan memberi alasan atau mempertikaikan kejayaan orang lain akan membuatkan mereka tidaklah kelihatan loser sangat.
Bagi yang belum terjebak dengan hutang, elakkannya kerana kita masih boleh bersabar dan berpuasa nafsu nak stail sangat.
Ukurlah kemampuan diri dengan apa yang ada di tangan dan bukan berapa banyak yang kita boleh PINJAM.
Sebab itu saya yakin kerana pernah melihat sendiri RM1200 gaji boleh kumpul aset berjuta pada umur tak sampai 40 tahun. Kuncinya ialah pada perenggan sebelum ini. Kunci kegagalan ada dalam diri sendiri yang biasanya GATAL tengok duit berkepuk dalam bank. Ada sahaja sportrim nak tukar, handphone masuk air, nak invest business kawan yang tak tahu apa cerita, masuk pelaburan cepat kaya dan macam-macam lagi (Seriously, nak kaya kena usaha...kalau tak usaha boleh kaya itu CONFIRM kencing!!)
Selalu tak nampak Cina Bukit jual sayur jadi landlord ofis dan rumah berharga jutaan RM? Kita pula menyewa dari mereka pakai necktie dan baju kot walaupun masa panas rembang elnino sambil sembang London, Paris dan NEw York tapi dalam akaun ada 4 digit sahaja.
Sebab itu, sekaya mana pun kita...ilmu boleh kita kutip dari orang di tepi jalan seperti penjual putu piring dan Cina sayur Bukit Tinggi Bentong yang ada 25 block bangunan pejabat di KL.
Ada alasan?
SILA LIHAT BAHAGIAN KOMEN, ANDA AKAN JUMPA LOSER YANG AKAN BERALASAN MACAM-MACAM SEDANGKAN APA YANG SAYA KATA INI NYATA DAN ADA SAMPEL MANUSIANYA DAN BUKAN FANTASI DALAM WAYANG SAMBIL MERABA.
p/s jika saya tahu dan ada yang ajarkan benda ini dari dulu, tidaklah saya jadi hamba bank sampai 3 tahun lagi. Saya juga seperti kebanyakan anda, ada yang sudah terbabas tak pandai mengira masa muda dulu. Tapi kita masih boleh kembali ke jalan semula walaupun dah terbabas.

Sabtu, 14 Mac 2015

Harta yang paling berharga....

Harta yang paling bernilai ialah KESIHATAN &
SIHAT ITU ADALAH NIKMAT
Apa gunanya harta yang melimpah ruah tetapi badan tidak sihat..Kalau tak sihat..macam mana kita nak beribadat kan..
Kalau tak sihat..macam mana kita nak bantu orang lain??
Kalau tak sihat..Trust me..SAKIT itu lebih mahal jadinyer..
Coz..
Anda akan mula gunakan semua resources yang ada (masa & wang)
in order to care for yourself..
Bersyukurlah selalu seadanya.