Jumaat, 5 Jun 2015

Dalam Restoran ada kubur

Dalam Restoran ada kubur

13
Pemilik Restoran  di India membuka sebuah  restoran di tapak sebuah tanah perkuburan lama. Pemilik restoran, Krishnan Kutti membuat keputusan untuk mengekalkan keranda yang ada bersebelahan dengan meja makan di restoran New Lucky miliknya. Restorannya menjadi popular kerana keunikannya yang dimiliki oleh restoran tersebut. Pelik, unik serta menyeramkan bagi sesetengah orang tetapi ada juga yang rasa menarik minat untuk menjamu selera bertemankan kubur lama.
12
11

Sabtu, 30 Mei 2015

Tempat Makan Sedap Di Perlis

Kali ini kami kongsikan tempat makan sedap di Perlis. Negeri yang terletak nun dijauh utara Malaysia. Negeri yang kecil dan tidak besar kawasannya. Namun demikian, jangan pandang Perlis sebelah mata. Terdapat beberapa tempat makan yang sedap di Perlis yang patut anda cuba jika ke sini. Hehe. :-)

Pasar Malam Kangar
Stadium Utama Kangar, Kangar, Perlis
Pasar malam Kangar adalah antara tempat yang boleh anda lawati jika ingin mencari makanan yang menarik di sini. Terdapat pelbagai makanan dijual. Pasar malam ini terletak di stadium Kangar. Jangan terkejut, di sini juga anda boleh perolehi Nasi kerabu. wajib cuba di sini. Keropoknya juga sedap.

Renaz Steamboat &BBQ
Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis
Bagi peminat steamboat dan bbq, anda bolehlah makan di sini. Harganya murah. Sangat berbaloi dan sedap.

renaz-steamboat
Pelbagai pilihan untuk dicuba

renaz-steamboat-1
Pelbagai rencah


Capati Labu Sayung
Bintong, Kangar, Perlis 01000
Ini memang unik. Peminat capati? Kalau begitu, kedai ini wajib anda ziarahi. Terletaknya di Bintong, Kangar. Capatinya lembut dan sangat sesuai untuk sarapan pagi.Gerai ini dibuka sehingga malam dan nasi lemaknya juga menarik untuk dicuba.
Kalau anda ke Padang Besar mesti lalu di depan kedai Capati Labu Sayung ini. Kedai ini terletaknya di sebelah kiri. Capatinya menarik  disebabkan kepingan capati yang nipis. Tidak terasa ketul-betul tepungnya.

capati-labu-sayung
Gambar dekat

capati-labu-sayung-1
Maskot kedai :-P

capati-labu-sayung-2
Hadapan kedai

capati-labu-sayung-4
Meleleh air liur!

Anjung Keli
Jln Padang Behor, Kangar, Perlis 01000
Akhir sekali adalah Anjung Keli. Apa yang sedap di sini? Tentunya ikan keli menjadi pilihan. Kalau tidak, tidak perlulah tuan kedai letak nama kedainya Anjung Keli. :-P Antara kedai yang menjual masakan kampung yang sedap di Perlis. Boleh dikatakan antara kedai makan yang sedap di Perlis. Ikan keli bakarnya patut dicuba.
Pelbagai masakan ada dan yang pentingnya segar-segar. Menurut sebahagian kecil orang, harga di sini sedikit mahal. Tetapi ada yang kata ianya berbaloi dengan harga. Jadi untuk harga, anda tentukan sendiri ya.

anjung-keli
Waktu operasi

anjung-keli-1
Sambal belacan wajib ambil

anjung-keli-2
Pelbagai lauk

anjung-keli-3
Keli masak lemak!

Harap anda gembira dengan perkongsian ini. Ada cadangan tempat makan yang sedap di Perlis? Kalau ada, kongsikanlah di bawah.

Kisah Benar Suka Duka P Ramlee Yang Tidak Berduit Di Hujung Hayatnya

Kisah benar suka duka kehidupan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ramai yang tidak mengetahui kisah sebenar kehidupan yang penuh liku seniman agung Tan Sri P. Ramlee. Apa yang ramai tahu hanyalah kemashyuran filem-filem dan lagu-lagunya yang sentiasa mekar malar segar dalam ingatan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Nama P. Ramlee begitu besar setelah pemergiannya sehingga mereka lupa dan tidak tahu bahawa hakikat sebenar P. Ramlee meninggal dunia di dalam keadaan miskin dan dipinggirkan ramai pihak.

Saya sendiri tidak menyangka bahawa nama besar ini melalui kehidupan sangat sukar terutama selepas beliau berhijrah dan berpindah dari Studio Jalan Ampas Singapura ke Studio Merdeka di Ulu Kelang. Kemuncak kerjayanya ialah selepas beliau mengahwini bekas isteri Sultan Perak iaitu Norizan pada tahun 1955. Filem-filemnya ketika era itu mendapat sambutan luar biasa, dan hampir kesemua filem arahan dan lakonannya mendapat kutipan Box-Office.

Kisah Benar Suka Duka P Ramlee Yang Tidak Berduit Di Hujung Hayatnya

Kisah Benar Suka Duka P Ramlee Yang Papa Kedana Di Hujung Hayatnya
Malah, banyak anugerah diterima oleh Allahyarham P. Ramlee ketika itu. Namun, sayang seribu kali sayang, di saat-saat dunia filem dan hiburan makin maju, P. Ramlee makin dilupakan. Filem warna dan TV memberikan impak sangat besar pada beliau, dan lagu-lagu dari Barat seperti lagu The Beatles, lagu-lagu reggae serta Pop Yeah Yeah telah membuatkan lagu-lagu alunan P. Ramlee dilupakan.

Beliau pernah kena boo oleh penonton dan paling perit terpaksa bekerja apa sahaja untuk menyara keluarga termasuklah membuka sebuah kedai Mahjong. Dalam keperitan dan kesempitan hidupnya yang kian dilupai, P. Ramlee masih lagi boleh hulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Latar Belakang P.Ramlee

Sedikit latar belakang mengenai Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebagai rujukan.

  • Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
  • Dilahirkan di Pulau Pinang pada hari Rabu 22 Mac 1929 tepat pada pagi Hari Raya Idil Fitri.
  • Ayahnya - Teuku Nyak Puteh merupakan seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho' Seumawe, Aceh yang telah berkahwin dengan Che Mah Hussin pada 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
  • Nama Ramlee adalah nama timangan yang diberikan oleh neneknya iaitu ibu Che Mah Hussin.
  • Pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke sekolah Francis Light hingga darjah lima. Kemudian beliau menyambungkan pelajaran di Penang Free School.
  • Encik Hashim iaitu ayah Allahyarham Ahmad Daud adalah salah seorang guru P. Ramlee di Penang Free School yang banyak membantunya.
  • Pernah bersekolah di Japanese Navy School (Kaigun Gakko) semasa pendudukan Jepun. Beliau belajar cara kerja dan bahasa Jepun semasa di sekolah tersebut.
  • Tamat belajar sehingga darjah tujuh di Penang Free School selepas tamat Perang Dunia Kedua.

P.Ramlee Pandai Main Biola dan Piano

  • Pandai bermain biola dan piano. Belajar bermain biola di sekolah Jepun, dan belajar main piona dengan Encik Kamarudin yang merupakan guru muzik terkenal.
  • Menang pertandingan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang khusus untuk Utara Malaya pada tahun 1945 (tempat ketiga), tempat kedua pada tahun 1946 dan juara pada tahun 1947.
  • Mula dikenali sebagai P. Ramlee ketika menang dalam pertandingan nyanyian Radio Pulau Pinang. Beliau merasakan nama itu membawa tuah kepadanya.
  • Lagu Azizah ciptaan dan nyayiannya adalah lagu yang membawa beliau ke Singapura selepas diundang oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura.
  • Pagi Syawal 8 Ogos 1948 P. Ramlee bersama sahabat baiknya berlepas dengan keretapi ke Singapura untuk ke Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas bagi uji bakat.
  • Permulaan karier P.Ramlee di Studio Jalan Ampas bermula sebagai 'clapper boy', pembantu jurukamera, selain menyanyi sebagai penyanyi latar.
  • Chinta (1948) adalah filem lakonannya pertama. Beliau menjadi seorang penjahat.
  • Kawan-kawan P.Ramlee di Pulau Pinang ketawakan lakonan P.Ramlee kerana menjadi penjahat yang kurus kering dalam filem Chinta.
  • Filem Bakti adalah filem pertama lakonannya sebagai hero di samping Kasma Booty.
  • P.Ramlee adalah bintang filem pertama Malaya yang boleh menyanyi tanpa gunakan khidmat suara latar dalam filem.

Perkahwinan P.Ramlee

  • Isteri pertama P.Ramlee bernama Junaidah iaitu anak pelawak D. Harris. Beliau berkahwin pada tahun 1950 atas sebab mahu menjaga hati D. Harris, di sebalik cintanya dengan kakak Junaidah. Jodoh mereka tidak panjang, dan bercerai pada tahun 1954.
  • Filem Hang Tuah (1955) arahan Phani Majumdar, adalah filem terakhir P. Ramlee berlakon sebelum P. Ramlee menjadi pengarah.
  • Pada 6 Februari 1955, P.Ramlee telah berkahwin dengan bekas isteri Sultan Perak iaitu Norizan. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan cinta pandang pertama antara P.Ramlee dan Norizan. Norizan telah keluar dari kehidupan Istana, dan sejak berkahwin, P.Ramlee tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke negeri Perak sebagai menghormati Sultan Perak sehinggalah baginda Sultan Perak mangkat.
  • Perkahwinan dengan Norizan berakhir pada tahun 1961 kerana P.Ramlee begitu asyik dengan kerjaya seni sehingga mengabaikan Norizan dan anak-anak.
  • Filem Penarik Becha adalah filem pertama arahan P.Ramlee dan telah terpilih sebagai filem terbaik seluruh Tanah Melayu pada tahun 1956.
  • Filem Semerah Padi adalah filem pertama arahan P.Ramlee tanpa ada unsur hindustan, dan menjadi antara filem yang hangat diperkatakan ketika itu kerana mengangkat martabat dan adab resam Melayu serta Islam di layar Perak.
  • P.Ramlee telah berkahwin secara 'senyap-senyap' dengan seniwati Saloma, iaitu adik kepada seniwati Mariani pada 21 November 1961.
  • Perkahwinan P.Ramlee dengan Saloma disifatkan oleh beliau sebagai perkahwinan soulmate.
  • Pencapaian tertinggi P.Ramlee ialah memenangi award khas 'The Most Versatile Talent' di Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo bagi filem Ibu Mertuaku.
  • P.Ramlee adalah anak emas Shaw Brothers Singapura, dan menjadi antara pengarah filem yang berbajet besar ketika itu.
  • Akaun bank P.Ramlee dijaga oleh Mr. Kweek, yang merupakan antara sahabat baiknya di Shaw Brothers Singapura.
  • 1964 P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka di Ulu Kelang.
  • P.Ramlee dapat pengenalan warna biru selepas berhijrah dari Singapura ke Malaya, didaftarkan pada 16 Jun 1964 dengan nama Ramli bin Puteh.
    •  P.Ramlee mencipta lebih daripada 250 buah lagu sepanjang kariernya.
    • P.Ramlee tidak pandai bermain Saksofon, tetapi ramai yang percaya beliau boleh bermain Saksofon menerusi filem Ibu Mertuaku.
    • Berlakon 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.
    • Tan Sri L.Krishnan adalah merupakan antara guru dan mentornya di dalam perfileman Melayu.

    Zaman Jatuhnya Kegemilangan P. Ramlee

    • MGR dan Sivaji Ganesan adalah merupakan dua pelakon dari India Selatan yang banyak mempengaruhi cara dan gaya lakonan P.Ramlee.
    • Banyak filemnya gagal selepas berpindah ke Studio Merdeka.
    • Ditamatkan kontrak nyanyian piring hitam oleh EMI kerana dianggap lagu-lagunya tidak boleh dijual.
    • Pernah mendermakan kesemua wangnya di dalam poket RM200 ketika seseorang meminta bantuannya.
    • Di zaman akhir kegemilangan, P.Ramlee pernah makan nasi dengan telur kerana tiada wang.
    • Dipulau oleh media masa Malaya sehinggalah kematiannya.
    • Pernah membuka dua buah syarikat penerbitan filem dengan H.M Shah, seorang usahawan berjaya.
    • Filem terakhir arahan dan lakonan P.Ramlee ialah Laksamana Do Re Mi dengan bajet kecil.

    Anak-Anak P. Ramlee

    P.Ramlee hanya mempunyai dua orang anak kandung iaitu semasa berkahwin dengan Junaidah (isteri pertama). Namun begitu, kerana sifatnya yang pemurah dan suka membantu orang lain, beliau telah mengambil ramai anak angkat, dan menjaga anak tiri hasil perkahwinannya dengan Norizan dan Saloma.


    1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
    2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
    3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
    4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
    5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
    6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
    7. Betty : Anak angkat
    8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
    9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
    10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

    P. Ramlee Meninggal Dunia - Ramai Tidak Menyangka dan Terkejut

    • Meninggal dunia pada 29 Mei 1973 pada umur 44 tahun akibat sakit jantung semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.
    • H.M Shah membiayai pengebumian Alllahyarham P.Ramlee, dengan memberikan wang sebanyak RM3,000 kepada Saloma.
    • Jenazah P.Ramlee dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
    Begitulah serba-sedikit kisah suka duka perjalanan hidup P. Ramlee yang dapat saya notakan secara ringkas. Untuk lebih menghayati kisah Allahyarham, dan meneliti kisah-kisah benar dari kenalan dan teman rapat beliau, saya ajak anda tonton dokumentari ini.
    Kisah Benar Suka Duka P Ramlee Yang Tidak Berduit Di Hujung Hayatnya


    Selasa, 24 Mac 2015

    Kuala Woh


    Salam , hr ni bercerita sikit pasal dengan kereta aku menjelajah...Macam zahariz plak hehehe...ni sempat ana snap picture semasa p kuala woh....Kat sini ada sungai yg mengalir yg blh mandi-manda dan ada jambatan gantung yg merentasi sungai...Kira ok jg la bawa utk family ke sini untuk santai dan wat bbq atau tenangkan fikiran...

    Sedikit pengalaman semasa ana nk ke sana tiket masuk rm2 seorang...tp waktu ana p tiket untuk org dewasa sudah habis ..Jadi org yang jaga kaunter bg tiket warga emas diskaun la separuh rm1....Kira jadi warga emas la hr tue hehehe...
    Salah satu bab lg yg spoil kt sana xdak kedai mkn.....kalau nk bermlm kt situ mungkin ada restoran psl byk chalet kt situ tp ana x tau ada ker xdak psl x masuk kawasn chalet tue...Sekadar perkongsian..

    'Bersamamu di Firdaus'





    Selasa, 17 Mac 2015

    Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia!!!

    Ramai Yang Tidak PERASAN, Inilah Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia!!!
    Tarikh : Tuesday, March 17 @ 05:00:00 MYT
    Topik : Info @ Maklumat


    Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.

    Disini, kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000...



    1. Perodua Axia

    21.6 Km/L
    100KM = RM 8.80

    Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.


    2. Mitsubishi Mirage

    21 Km/L
    100KM = RM 9.10

    Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.


    3. Mitsubishi Attrage

    21 Km/L
    100KM = RM 9.10

    Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.


    4. Hyundai i10

    18.9 Km/L
    100KM = RM 10.10

    Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.


    5. Honda City 2014

    17 Km/L
    100KM = RM 11.20

    Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.


    6. Myvi 1.3

    17 Km/L
    100KM = RM 11.20

    Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.


    7. Peugeot 208

    16 Km/L
    100KM = RM 11.90

    Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.


    8. Volkswagen Polo Sedan

    15.4 Km/L
    100KM = RM 12.30

    Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.


    9. Proton Iriz

    14.5 Km/L
    100KM = RM 13.20

    Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.